Artikel di Email Anda

Baca Artikel Terkini Di Email Anda :


Powered by FeedBlitz

Video Dr Ismail Tambi

Loading...

InfoLelaki

INFOLELAKI Menyediakan Penyelesaian Untuk Permasalahan Yang Sering Menghantui Kaum Lelaki. Antaranya Ejakulasi Awal, Mati Pucuk, Zakar Pendek, Zakar Kecil, Zakar Bengkok, Zakar Lemah, Masalah Prostat, Seksual Yang Lemah. Info Lelaki Amat Membantu.

Top 5 Links

Kategori

Jom Jana Duit (PERCUMA)

Text Link Ads













EGcash.com

ClickThru.com Network!



AuctionAds: Increase the bid on your site's income!

NAMSAHAZ Webhosting - Webhosting mampu milik untuk semua!



Try AuctionAds











Free online advertising









Google PageRank 
Checker - Page Rank Calculator

Add to Technorati Favorites

Malaysian Topsites - Autorank for Malaysian Websites

Malaysia Topsites

Malaysian TopSite 2007

Best Malaysian Sites



My Blog Juice

Disclaimer

Blog InfoLelaki ini bertujuan untuk memberi bimbingan dan pengetahuan kepada semua lelaki mengenai masalah yang sering membelenggu kaum lelaki. Kebanyakkan artikel-artikel ini dipetik dari akhbar, majalah dan internet. Sumber petikan diletakkan dibawah pada setiap artikel. Diharapkan semua artikel-artikel ini dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.

Sabtu, 17 November 2007

Mati Pucuk - Ibu Jari Bersuara

“DR. ISMAIL, saya ada hal sikit nak cakap dengan doktor tetapi saya segan dan gementar. Kebelakangan ini, saya rasa macam ada yang tidak kena dengan kehidupan seks saya.”

Atau, “Dr. Zul, sudah banyak yang saya dengar tentang disfungsi erektil (ED atau mati pucuk). Bolehkah kita berbincang mengenainya?”

Atau, “Doktor, saya rasa tidak selesa dan rendah diri sebenarnya untuk bercakap mengenainya. Tetapi, saya perlu memecahkan kebuntuan ini. Saya menghadapi masalah dengan ereksi.”

Bagaimanapun, anda mungkin terkejut mendengar maklum balas doktor yang tidak seperti tergambar di minda sebelum berjumpa mereka:

“Usah bimbang. Anda tidak keseorangan dan bukan juga orang pertama yang mengadu masalah seumpama ini. Saya sudah bertemu dengan ba...nyak lelaki yang menghadapi masalah serupa.

“Apabila sudah berumur, lelaki mengambil masa yang lebih lama untuk mendapatkan ereksi, zakar tidak setegang dahulu dan lambat mencapai klimaks (kemuncak).

“Lagipun, masalah erektil sudah menjadi sesuatu yang umum sekarang. Adalah dianggarkan 60 peratus lelaki Malaysia berumur 40 tahun ke atas mengalami kesukaran ini, sekurang-kurangnya sekali seumur hidup mereka.”

Pengakuan berani “Saya ada ED” - bukanlah satu pernyataan yang mudah bagi lelaki. Ia cukup peribadi bagi spesies Adam itu.

Tidak dinafikan, menjadi sesuatu yang kekok untuk memperkatakan tentang masalah mati pucuk dengan orang lain termasuklah pasangan sendiri mahupun doktor.

Namun, tidak kira betapa luar biasanya yang anda rasakan sepanjang pembicaraan tersebut, doktor sedia maklum bahawa masalah seksual merupakan sebahagian aspek terpenting kesihatan.

Jadi, berterus terang sahajalah kepada doktor sebaik sahaja memulakan rundingan dan bukannya apabila anda sudah berada separuh jalan untuk keluar dari biliknya.

Empat daripada lima lelaki yang bercakap dengan doktor tentang ED berasa lega, merasakan perasaan mereka dihormati dan paling penting, harapan untuk dirawat.

“Dalam pengurusan ED, halangan utamanya adalah keengganan lelaki untuk berbincang mengenainya bersama doktor mereka atas pelbagai alasan seperti malu, penafian dan kurang kesedaran.

“Kajian menunjukkan, sehingga 47 peratus lelaki Malaysia yang berusia 40 tahun ke atas menghidapi ED. Tetapi, hanya tujuh peratus mengaku menghadapi masalah perubatan ini,” kata Ketua Unit Urologi, Jabatan Pembedahan, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Zulkifli Md. Zainuddin.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran kempen kesihatan terbaru firma farmaseutikal Bayer Healthcare - Kempen Ibu Jari, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Ia bertujuan menggalakkan lelaki mati pucuk untuk menyuarakan masalah tersebut serta memulakan perbincangan dengan doktor mereka tentang masalah perubatan berkenaan.

Menurutnya, hasil kajian mengenai lelaki vitalseksual Malaysia yang diterbitkan Mac lalu mendapati, lelaki Malaysia enggan mengaku mereka menghadapi masalah ED.

“Sehingga kini, masih ramai lagi lelaki Malaysia yang memilih untuk menderita dalam diam.”

Bagaimanapun, kajian yang sama mengenai lelaki vitalseksual Malaysia menunjukkan, lebih 39 peratus lelaki Malaysia berusia 40 tahun ke atas didedahkan sebagai lelaki vitalseksual.

Senarai semak seorang vitalseksual:

- Lelaki

- Berumur 40-an

- Hubungan seks adalah penting dalam hidupnya

- Hubungan spontan dan kepuasan pasangan adalah keutamaannya

- Akan mendapat rawatan jika menghidapi ED

Sementara itu, Ahli Bersekutu Persatuan Penyelidikan Impoten Asia Pasifik, Dr. Mohd. Ismail Mohd. Thambi berkata, ramai pesakit yang tidak menerima rawatan kurang sedar akan kesan jangka panjang ED ke atas kesihatan psikologi dan seksual mereka.

“ED bukan masalah lelaki seorang tetapi turut membabitkan isteri masing-masing dan patut diselesaikan secara berpasangan.

“Para isteri boleh memainkan peranan yang penting dalam memperbaiki hubungan seksual dengan menggalakkan pasangan mereka berbincang dengan doktor,” katanya.

Hanya setelah masalah ini berjaya diatasi, hubungan seksual serta kemesraan mereka akan bersambung secara biasa. Ia juga akan meningkatkan komunikasi mereka sebagai pasangan.

Pengurus Besar Bayer Healthcare Pharmaceuticals bagi Singapura, Brunei, Malaysia, Vietnam, Lim Siew Kheng berkata:

“Adalah sesuatu yang paradoksikal (bertentangan) bila mana semakin ramai lelaki Malaysia mempunyai keinginan untuk memberi lebih kepuasan kepada pasangan mereka tetapi mendapati bahawa ED adalah satu topik terlarang.

“Kempen Ibu Jari menyediakan cara yang mudah dan efektif untuk lelaki dan pasangan mereka mengatasi halangan daripada menerima rawatan profesional tanpa rasa takut atau malu,” katanya.

Mengulas lanjut, Dr. Zulkifli menyifatkan kempen itu sebagai satu mesej ringkas yang menyeru mana-mana lelaki dengan gangguan erektil berserta pasangan mereka yang ingin mengatasi masalah perubatan tersebut, tetapi berasa sukar untuk memulakan perbincangan mengenainya dengan doktor mereka.

“Ia menyediakan platform bagi profesional kesihatan meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat umum bahawa ED dihadapi oleh ramai pesakit dan ia adalah satu masalah perubatan - bukannya sumpahan.

“Tiada apa yang perlu dimalukan mengenai penyakit ini. Rawatan efektif untuk ED boleh didapati dan tindak balasnya yang pantas membolehkan penghidap ED serta pasangan menikmati hubungan seksual yang lebih spontan dan memuaskan,” jelas beliau.

Tambahnya, adalah penting bagi mereka yang menghidap ED untuk mendapatkan rawatan kerana masalah kesihatan itu juga dikaitkan dengan penyakit-penyakit lain yang mungkin tersembunyi seperti kencing manis, tekanan darah serta kolesterol yang tinggi.

Kempen ibu jari

Ibu jari adalah isyarat universal yang dikenali dan difahami oleh semua tanpa mengira latar belakang pendidikan.

Dengan menggunakan ibu jari sebagai alat komunikasi, para penghidap ED atau pasangan mereka boleh mengatasi kesulitan menyuarakan masalah mereka kepada doktor.

Isyarat yang mudah difahami yang disarankan oleh kempen ini telah terbukti berkesan di negara-negara di serata dunia di mana para lelakinya juga menghadapi masalah berbincang mengenai topik seks.

Dengan menyasarkan para doktor dan lelaki yang menghidap ED, kempen pendidikan global oleh syarikat pengeluar pil mati pucuk - Levitra ini menggunakan soalan dan isyarat visual yang mudah.

Para pesakit akan melihat simbol-simbol komunikasi berupa lambang ibu jari pada borang soal selidik untuk pesakit, poster, pelekat lantai, beg kertas, risalah siling dan kotak tisu di lebih 1,200 klinik yang mengambil bahagian di seluruh Malaysia.

Untuk keterangan lanjut mengenai Kempen Ibu Jari mahupun senarai klinik-klinik terbabit, sila hubungi vitalsexualmalaysia@bayerpharma. com.my.

Tunggu apa lagi? Sudah tiba masanya untuk ibu jari anda bersuara.

Mengenai disfungsi erektil

ED bermaksud ketidakbolehan yang konsisten atau sering berlaku kepada seseorang dalam mendapat dan/atau mengekalkan ereksi zakarnya cukup untuk melakukan hubungan seks.

Sesetengah kaum lelaki menganggap bahawa ED merupakan gejala penuaan yang tidak dapat dielakkan. Ini tidak benar.

Ia biasanya disebabkan oleh keadaan kesihatan, kesan sampingan ubat-ubatan tertentu atau tabiat yang mengganggu pengaliran darah. Untuk mendapatkan ereksi, anda perlu mempunyai pengaliran darah, penyambungan saraf dan rangsangan seks.

Faktor risiko termasuklah merokok, berat badan berlebihan dan ketagihan alkohol. Gaya hidup sihat, diet seimbang, bersenam dan tidak merokok dapat membantu mengamalkan kesihatan seks kerana keadaan kesihatan yang berkaitan dengan pengaliran darah merupakan punca umum ED.

Rawatan yang paling popular dan digunakan ramai bagi disfungsi erektil adalah perubatan oral (bentuk pil telan). ED boleh dirawati dengan cara lain, seperti suntikan, supositori atau pembedahan.

Adalah dianggarkan bahawa ED dihadapi dalam pelbagai tahap oleh lebih kurang separuh lelaki berusia 40 tahun ke atas.

Lebih kurang 152 juta lelaki menghidapi ED di seluruh dunia. Jumlahnya dijangka meningkat lebih sekali ganda kepada 322 juta pada tahun 2025.

Walaupun jumlah yang mengalami ED semakin meningkat, hanya 15 hingga 20 peratus pesakit sedang menerima rawatan.

Oleh:
Shafinaz Sheikh Maznan

Dipetik dari:
http://www.utusan.com.my/

Jumaat, 16 November 2007

Mitos Kanser Prostat

PELBAGAI mitos tentang penyakit prostat dan kanser prostat wujud akibat kurangnya kefahaman orang ramai terhadap gejala ini. Mitos-mitos ini bukan sahaja memberi gambaran yang tidak tepat tentang kanser prostat, malah juga berupaya mengelirukan orang ramai.

Artikel ini akan cuba memperbetulkan persepsi dan tanggapan orang ramai tentang kanser prostat dengan meneliti mitos-mitos popular mengenai kanser prostat.

Mitos 1: Kanser prostat merupakan penyakit orang tua. Orang ramai beranggapan bahawa hanya orang lelaki yang berumur 65 tahun ke atas akan menghidapi kanser prostat.

Mitos ini tidak benar kerana walaupun mereka yang berusia 65 tahun ke atas lebih besar kebarangkalian akan menghidapi kanser prostat, ia juga pernah dikesan pada kaum lelaki yang lebih muda. Walau bagaimanapun, peratusan orang muda yang menghidapi kanser prostat adalah rendah.

Namun demikian, seandainya seseorang lelaki mengesyaki dirinya mempunyai gejala- gejala kanser prostat, adalah disyorkan supaya menjalani pemeriksaan agar dapat mengenal pasti masalah tersebut supaya tidak berlanjutan.

Masalah-masalah berkaitan dengan kelenjar prostat yang lain seperti pembengkakan kelenjar prostat boleh mengakibatkan kanser prostat pada hari tua nanti, oleh sebab yang demikian pemeriksaan yang rapi adalah perlu.

Mitos 2: Setiap kanser ada tanda-tandanya.

Jika anda telah mengikuti lima siri artikel terdahulu tentang kesihatan prostat ini, maka anda akan tahu bahawa simptom kanser prostat sering kali disalah anggap sebagai tanda usia tua.

Kanser prostat di peringkat awal selalunya tidak menunjukkan gejala-gejala yang ketara, dan hanya dapat dikesan atau disedari apabila sudah terlambat iaitu apabila kanser tersebut sudah memasuki tahap kritikal. Sekiranya anda berumur 50 tahun ke atas, anda digalakkan menjalani ujian antigen spesifik prostat (PSA) tiap-tiap tahun.

Mitos 3: Sekiranya saya menghidapi kanser prostat, saya mesti menjalani pembedahan atau rawatan kemoterapi.

Prostatektomi ataupun pembedahan untuk mengeluarkan kelenjar prostat merupakan salah satu rawatan popular untuk mengelakkan kanser prostat merebak ke bahagian-bahagian badan atau organ lain.

Namun begitu, bukan semua pesakit memerlukan pembedahan. Keputusan untuk membuat pembedahan bergantung kepada usia pesakit, tahap kanser dan sikap pesakit terhadap kesan sampingan pembedahan tersebut.

Contohnya, jika penghidap kanser prostat berumur 70 tahun juga merupakan penghidap penyakit kencing manis, kaedah pembedahan mungkin bukan penyelesaian terbaik. Ini kerana jangka hayat seseorang yang berusia 70 tahun hanya sepuluh tahun.

Sekiranya pesakit tersebut berumur 50 tahun dan kanser tersebut telah dikenal pasti hanya menjangkiti kelenjar prostat, prostatektomi mungkin menjadi pilihan rawatan terbaik. Lelaki 55 tahun dan sihat tubuh badan, pembedahan merupakan pilihan terbaik.

Doktor akan meneliti setiap kes secara individu dan memberi nasihat rawatan yang seharusnya dijalani oleh pesakit tersebut kerana setiap individu adalah berlainan.

Rawatan yang disyorkan oleh doktor bergantung kepada keseriusan kanser, bagaimana kesan kanser tersebut ke atas badan dan kesihatan individu, dan keadaan fizikal pesakit.

Mitos 4: Saya akan mati pucuk atau mengalami masalah ereksi jika menjalani rawatan kanser prostat.

Hal ini tidak selalunya benar, namun besar kemungkinannya. Hampir separuh daripada jumlah lelaki yang menjalani rawatan kanser prostat seperti kemoterapi mengalami masalah mati pucuk atau ereksi/disfungsi ereksi (ED).

Namun begitu, ada juga lelaki yang tidak mengalami apa-apa masalah langsung berikutan rawatan. Ada kalanya, masalah ereksi ini hanyalah sementara dan pesakit akan pulih seperti sediakala dalam masa setahun atau lebih, bergantung kepada individu.

Mitos 5: Sekiranya menghidapi kanser prostat, kehidupan sosial dan aktiviti seharian saya akan terjejas.

Jika seseorang sedang menjalani rawatan untuk kanser prostat, itu tidak bermakna individu tersebut tidak boleh menjalani kehidupan seperti biasa. Kebanyakan pesakit kanser prostat menerima rawatan secara pesakit luar di hospital atau klinik.

Penyelidikan juga telah bertambah maju khasnya dalam menghasilkan ubat-ubatan yang dapat membantu seseorang penghidap kanser mengawal kejadian loya semasa menjalani rawatan.

Hasilnya, ramai yang menjalani rawatan seperti kemoterapi mampu menjalankan aktiviti seharian tanpa gangguan. Walau bagaimanapun, aktiviti-aktiviti tertentu seperti pemakanan dan diet perlulah diberi perhatian yang lebih.

Mitos 6: Masalah pembesaran kelenjar prostat - Hiperplasia Prostatik Benigna (BPH) akan membawa kepada berlakunya kanser prostat.

BPH tidak selalunya mengakibatkan kanser prostat, walaupun simptom awalnya seperti kerap membuang air kecil adalah serupa dengan simptom kanser prostat.

Mitos 7: Hanya mereka yang mempunyai sejarah keluarga kanser prostat akan menghidapinya.

Hanya 15 peratus daripada pesakit kanser prostat mempunyai sejarah ahli keluarga yang pernah menghidap kanser prostat. Kajian menunjukkan bahawa kanser prostat mungkin diwarisi melalui kromosom X, iaitu melalui wanita.

Oleh yang demikian, anak-anak lelaki kepada ibu yang menghidapi kanser payudara ataupun adik beradik perempuan, mempunyai kebarangkalian menghidapi kanser prostat yang lebih tinggi. Namun begitu, kajian ini tidaklah konklusif kerana sejarah keluarga yang kuat.

Mitos 8: Onani meningkatkan kebarangkalian menghidapi kanser prostat.

Ada kajian yang dilakukan yang menyatakan bahawa aktiviti seksual yang kerap meningkatkan kebarangkalian menghidapi kanser prostat. Ada juga kajian yang menyatakan bahawa lelaki yang kerap memancutkan air mani/berejakulasi juga mempunyai risiko kanser prostat yang lebih tinggi.

Namun begitu, sehingga hari ini, tiada keputusan muktamad yang membuktikan dakwaan-dakwaan tersebut. Kaum lelaki seharusnya mengekalkan gaya hidup sihat dan mengamalkan diet tinggi serat di samping mengurangkan pemakanan daging merah yang berlebihan.

- Dr. Sulaiman Tamanang ialah pakar Radiologi dan Perubatan Nuklear di Pusat Kebangsaan Kanser, Kuala Lumpur. Beliau juga merupakan salah seorang daripada ahli MayFirst Health and Wellness Council (MHWC), panel pakar yang ditubuhkan oleh syarikat MayFirst Gold Sdn. Bhd. untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kanser prostat, melalui kempen CEgah KAnser Prostat (CEKAP).

Oleh :
Dr Sulaiman Tamanang
Pakar Radiologi dan Perubatan Nuklear,
Pusat Kebangsaan Kanser, Kuala Lumpur

Dipetik dari:
http://www.utusan.com.my/

Hernia (Angin Pasang) - Usus Terjulur Keluar

ANDA perasan, ada benjolan sebesar telur puyuh di celah kelangkang. Benjolan itu timbul semasa anda batuk, bersin, berdiri, berjalan, berlari atau melakukan aktiviti fizikal lain.

Namun, ia tidak kelihatan seolah-olah bersembunyi dan menghilangkan dirinya apabila anda berbaring mahupun terjaga dari tidur pada waktu pagi keesokan harinya.

Lazimnya, ia tidak mendatangkan apa-apa kesakitan, cuma rasa agak kurang selesa, malah ada benjolan yang masuk semula dengan sendirinya.

Kanak-kanak mempamerkan simptom klasik – kelihatan resah gelisah dan sering menangis sambil teriakannya diiringi dengan benjolan tenggelam timbul, selalunya pada bahagian pusat.

Benjolan itu makin ketara apabila si comel menggeliatkan tubuhnya. Perutnya pula kelihatan kembung. Benjolan yang ditolak secara lembut agar memasuki dinding otot semula biasanya berjaya memulihkan keadaan.

Jika gagal, segeralah berjumpa doktor kerana dibimbangi isi hernia terjerut sehingga menyebabkan gangguan peredaran darah yang boleh mengancam nyawa bayi anda terutamanya jika benjolan menjadi keras dan bayi (khususnya enam bulan ke bawah) mengalami muntah-muntah.

Anda mungkin pernah mendengar orang tua-tua bercakap tentang angin pasang, uluran dan burut. Inilah dia. Pakar-pakar perubatan pula memanggilnya sebagai hernia.

Walaupun namanya boleh sahaja membayangkan seorang perawan dengan rupa paras yang menarik, hakikatnya lebih ramai lelaki yang menghidapi hernia, 1:10.

Pakar Pembedahan dan Endolaparoskopi, Hospital Pakar Putra (Batu Pahat), Johor, Dr. Chan Kin Yoong berkata, hernia merupakan satu lubang atau kelemahan otot pada bahagian badan hingga mengakibatkan kandungan dalaman badan menonjol keluar.

‘‘Kecacatan otot di badan boleh terjadi sejak kelahiran, dikenali sebagai hernia kongenital manakala jenis acquired melibatkan kerosakan otot badan disebabkan oleh kecederaan, pembedahan atau tekanan dalam badan berpunca daripada batuk berkali-kali, angkat berat, sembelit dan sukar membuang air kecil.

‘‘Bahagian badan menonjol keluar apabila seseorang itu mengemut atau berdiri. Kalau komplikasi terjadi, perut akan mengembung, sakit, muntah dan tidak boleh buang air besar,’’ ujar beliau.

Nama penyakit ini berasal dari bahasa Latin, herniae, yang bererti penonjolan isi suatu rongga melalui tisu nipis yang lemah pada dinding rongga itu.

Dinding rongga yang lemah itu membentuk suatu kantung dengan pintu berupa cincin. Gangguan ini sering terjadi di bahagian perut dengan isi yang keluar berupa bahagian dari usus,

Menurutnya, umum beranggapan bahawa hernia merupakan gangguan kesihatan yang hanya terjadi di kalangan individu yang telah lanjut usia. Padahal, ia juga boleh terjadi pada kanak-kanak dan lebih sering dialami kaum Adam berbanding Hawa.

‘‘Ini terjadi kerana adanya perbezaan proses perkembangan alat reproduksi lelaki dan wanita semasa janin.

‘‘Pada janin lelaki, testis (buah zakar) turun dari rongga perut menuju skrotum (kantung kemaluan) pada bulan ketujuh hingga kelapan usia kehamilan.

‘‘Lubang yang berupa saluran itu akan tertutup menjelang kelahiran atau sebelum anak mencapai usia setahun. Ketika dewasa, bahagian itu dapat menjadi titik lemah yang berpotensi mengalami hernia,’’ kata Dr. Chan.

Pesakit sering mengeluh adanya benjolan yang tidak menyakitkan namun cukup mengganggu, bergantung berapa besar penonjolannya. Penonjolan muncul kerana adanya kelemahan anatomi pada otot dinding perut, menyebabkan penonjolan di tempat yang lemah.

Keadaan menjadi lebih parah apabila ada dorongan akibat peningkatan tekanan di dalam rongga perut. Misalnya, akibat meneran ketika buang air, batuk, bersin atau mengangkat bebanan berat.

Pada bayi dan anak-anak, hernia merupakan keadaan bawaan sejak lahir (kongenital) dan berisi cairan dan tidak semestinya hernia inguinal yang berisi bahagian usus.

Mengulas lanjut, katanya, hernia pada kanak-kanak terjadi oleh kerana hubungan antara rongga perut dan kantung kemaluan, yang merupakan tempat testis bergerak turun dari rongga perut ke kantung kemaluan ketika bayi masih dalam kandungan.

Pada orang dewasa, hernia terjadi disebabkan dua faktor utama.

‘‘Pertama, adanya otot dinding rongga, misalnya perut yang lemah. Kedua, dorongan yang menyebabkan tekanan di dalam rongga perut meningkat. Biasanya hernia pada orang dewasa ini terjadi pada usia lanjut kerana pada umur tua otot dinding rongga perut melemah.

‘‘Seiring pertambahan usia, organ dan tisu tubuh mengalami proses kemerosotan. Pada wanita, kegemukan juga dapat memungkinkan timbulnya bahagian yang lemah.

‘‘Keadaan-keadaan tersebut, jika ditambah dengan faktor kedua tadi, dapat mengakibatkan usus terdorong ke dalam bahagian yang lemah tadi lalu menonjol ke luar,’’ jelasnya.

Kebiasaan merokok, penyakit yang mengenai tisu dan diabetes melitus juga dapat mempengaruhi timbulnya hernia. Ketiga-tiganya mempunyai kaitan dengan gangguan metabolisme pada tisu.

Dalam kes hernia ringan, bahagian usus yang keluar dapat masuk kembali ke rongga perut jika pesakit berbaring atau didorong sendiri oleh pesakit.

Berita buruknya apabila hernia sudah masuk ke tahap takterturunkan. Pada peringkat ini, isi hernia yang keluar tidak boleh masuk kembali meskipun ditolak dari luar.

Terang Dr. Chan: ‘‘Kita juga perlu waspada jika cincin hernia berdiameter kecil. Bila sudah ada usus yang keluar ditambah tekanan rongga perut yang meningkat, bahagian usus dapat keluar lebih banyak.

‘‘Jika berterusan begitu tanpa rawatan, ia boleh menjadi hernia inkarserat. Bahagian usus yang terjulur keluar tidak dapat kembali ke tempat asalnya.

``Atau menjadi hernia tercekik kerana usus yang terkeluar tadi dapat mengalami pembusukan dan mati akibat tidak mendapat bekalan darah (gangren).’’

*Rawatan

Hernia pada orang dewasa seelok-eloknya ditangani seawal mungkin. Bila didiamkan dan bertambah parah, nyawa mampu menjadi taruhannya.

‘‘Terapinya tak ada jalan lain, kecuali pembedahan,’’ tegas Dr. Chan. Tidak ada ubat yang dapat menyembuhkan kerana puncanya melibatkan keadaan anatomi yang melemah atau mengalami kelainan.

Pembedahan untuk menangani hernia ini merupakan yang kedua paling kerap selepas operasi apendiks.

Di kalangan orang dewasa, pembedahan dilakukan untuk menutup lubang dan memperkuatkan bahagian yang lemah. Otot perut dirapatkan menutupi lubang yang ada.

Pada zaman dahulu, pembedahan dilakukan dengan menempatkan pesakit dalam posisi kepala di bawah agar isi hernia masuk kembali ke rongga perut oleh graviti bumi.

‘‘Pembedahan tidak harus segera kecuali bagi hernia inkarserat dan tercekik, ia harus segera dilakukan. Jika tidak, bahagian isi hernia yang terjerut boleh membusuk dan menjadi sumber infeksi ke seluruh dinding usus (peritonitis). Akibat yang lebih buruk adalah kematian,’’ katanya.

Setelah operasi, ada sesetengah pesakit mengadu bahagian yang dibedah seperti tertarik dan berasa nyeri (sakit seperti ditusuk jarum).

Untuk mengatasi keluhan tadi, kini tersedia jala sintetis yang dikenal dengan mesh.

Selain pembedahan konvensional, kini terdapat rawatan menggunakan teknik bedah laparoskopi yang menawarkan beberapa kelebihan, antara lain, luka surgeri yang kecil sehingga mempengaruhi penyembuhan yang lebih cepat.

‘‘Pada kanak-kanak yang belum mencapai usia satu tahun, biasanya pembedahan tidak dipertimbangkan kerana lubang diharap akan tertutup sendiri selaras tumbesarannya.

‘‘Namun, jika setelah berusia setahun lubang masih terbuka, doktor akan menganjurkan surgeri kerana kalau dibiarkan, lubang dapat bertambah besar. Ketika anak mulai berjalan dan semakin aktif, lubang tadi dapat terus membesar akibat dorongan terus-menerus.

‘‘Akibatnya, tidak hanya cairan yang keluar, usus pun dapat keluar, sehingga berlanjutan menjadi hernia,’’ ujar Dr. Chan sambil menambah, pada kanak-kanak, tindakan hanya ditujukan untuk menutup lubang.

Terapi tanpa bedah berupa pemakaian penopang hanya bersifat menyokong, sama sekali tidak memperbaiki hernia itu, apalagi menyembuhkannya.

Cara ini diperuntukkan bagi pesakit yang menolak pembedahan atau keadaan yang tidak mengizinkannya untuk dibedah.

Namun, untuk penderita yang menolak pembedahan, keadaan penyakitnya boleh memasuki tahap lanjut dan akhirnya tetap memerlukan pembedahan.

Malangnya, pada keadaan ini, surgeri akan menjadi lebih sukar, apalagi kalau sampai isi hernia tidak boleh dimasukkan kembali atau membusuk.

Oleh :
Shafinaz Sheikh Maznan

Jumaat, 9 November 2007

Priapism : Ereksi Lebih Empat (4) Jam

INI amaran keras kepada lelaki yang gemar mendapatkan perkhidmatan seks urut batin. Kononnya hendak menikmati keseronokan sementara tetapi akhirnya mati pucuk yang dapat!

Urut batin – urut pada bahagian alat kelamin seperti melakukan onani atau melancap boleh menyebabkan ereksi yang berpanjangan sehingga lebih empat jam atau dalam istilah perubatannya - priapism.

Perkataan priapism berasal dari Greek yang selalu diibaratkan dengan alat kelamin yang besar.

Jika dalam tempoh berkenaan keadaan itu tidak diberikan layanan sebagai kecemasan perubatan, ereksi yang diiringi dengan kesakitan itu boleh berlarutan sehingga lebih 12 jam lamanya, menyebabkan kerosakan kekal.

Tindakan melengah-lengahkan rawatan dengan berjumpa doktor (bukannya tabib tepi jalan), boleh mengakibatkan parut pada zakar di mana anda tidak mampu lagi mendapatkan ereksi normal seperti sediakala.

Priapism boleh juga terjadi secara spontan kepada sesiapa jua termasuk kanak-kanak di antara usia 5 hingga 10 tahun. Dan jika ereksi anda tidak mahu kendur, apakah yang harus anda lakukan?

Langkah pertama yang mungkin boleh anda ambil adalah dengan menjadi seorang yang amat bimbang tentang insiden itu dan usah tunggu lagi. Segeralah mendapatkan rawatan sewajarnya jika zakar menegang lebih empat jam.

Pakar Perunding Urologi, Hospital Pakar Putra, Melaka, Dr. S Kumaresan berkata, priapism merupakan satu keadaan di mana alat kelamin akan menjadi tegang lebih daripada empat jam dan keadaan itu; ‘‘Uhhh..., sangat menyakitkan.

‘‘Alat kelamin lelaki menjadi tegang (ereksi) dan tidak dapat kembali kepada keadaannya yang asal walaupun tanpa diiringi oleh rangsangan seksual secara fizikal atau psikologi.

‘‘Priapism terjadi apabila air mani telah keluar tetapi alat kelamin masih tegang. Ini berlaku kerana darah yang disekat dari keluar masih tersekat di alat kelamin dan pada masa yang sama darah yang masuk telah berkurangan.

‘‘Disebabkan oleh kekurangan oksigen dan penambahan asid, alat kelamin akan sakit dan terus tegang kerana darah yang masuk tidak dapat mengalir keluar,’’ katanya.

Menurutnya, apabila ereksi berterusan sehingga lebih empat jam, darah yang terperangkap di dalam alat kelamin akan mula menebal disebabkan oleh kekurangan oksigen.

Jika dibiarkan, ia boleh mencederakan tisu-tisu zakar hingga meninggalkan kesan berparut (fibrosis) dan keras. Alat kelamin kemudiannya akan hilang ketegangan dan pesakit sukar mencapai ketegangan penis secara kekal.

Ditanya kekerapan insiden itu berlaku, Dr. Kumaresan berkata: ‘‘Mungkin tidak begitu banyak tetapi ia lebih jarang dilaporkan berbanding disfungsi erektil (ED), mungkin kerana malu.

‘‘Tetapi, semasa saya bertugas di Hospital Kuala Lumpur sedikit masa dahulu, saya menerima antara tiga hingga empat pesakit dalam sebulan,’’ ujar beliau.

Teori alat kelamin

Apabila darah yang mengandungi oksigen mengalir masuk dan darah yang tidak mengandungi oksigen disekat, maka keadaan ini akan menambahkan darah di dalam alat kelamin dan menyebabkan alat kelamin menjadi tegang.

Alat kelamin akan mula kehilangan ketegangan apabila seseorang individu itu mengeluarkan air maninya.

Keadaan ini terjadi kerana darah yang masuk ke dalam alat kelamin akan berkurangan dan pada masa yang sama, sekatan untuk darah keluar dari alat kelamin akan hilang dan ini menyebabkan alat kelamin menjadi lembik.

Gejala

* Ereksi yang berpanjangan sekurang-kurangnya empat ke enam jam

* Ereksi yang tidak mempunyai kaitan dengan dorongan seksual, atau yang berterusan sekalipun selepas menerima rangsangan seksual ataupun orgasm/puncak syahwat berakhir

* Ereksi yang menyakitkan

* Penis tegang tetapi berasa lembut pada hujungnya.

Jenis-jenis

* Iskemik (aliran rendah) di mana aliran darah keluar penis lemah atau terhalang, selalu terjadi di kalangan individu yang sihat. Bentuk ini mewakili kira-kira 90 peratus kes priapism dan dikira sebagai satu kecemasan perubatan yang memerlukan perhatian segera pakar

* Bukan iskemik (aliran tinggi). Jenis ini lebih kurang ditemui, kurang menyakitkan dan boleh jadi juga, langsung tidak menyakitkan. Lazimnya, ia sering dikaitkan dengan pembuluh darah yang pecah disebabkan oleh trauma dan kecederaan pada zakar atau kawasan yang terletak di antara skrotum/buah zakar dengan anus/dubur.

Punca

Priapism terjadi disebabkan oleh kepincangan pembuluh dan saraf-saraf darah di mana darah terperangkap di dalam dan tidak boleh keluar daripada tisu-tisu zakar yang mempunyai kaitan dengan ereksi.

Penggunaan atau penyalahgunaan ubatubatan tertentu boleh mencetuskan priapism. Rata-rata pesakit berupaya mengambil ubat ini dengan risiko priapism yang sangat rendah. Bagaimanapun, bagi sesetengah orang, tanda dan gejala boleh bermula dalam masa beberapa minggu ke beberapa bulan kemudian.

Antara ubat-ubatan yang dimaksudkan adalah:

* Ubat-ubatan oral (yang dimakan) bagi menguruskan ED seperti sildenafil , vardenafil dan tadalafil memang diketahui mengeluarkan amaran kesan sampingan seperti penglihatan kabur, sakit kepala, ketidakcernaan dan termasuklah, ereksi berpanjangan

* Ubat antidepresan seperti trazodone

* Ubat darah tinggi (beberapa kumpulan sahaja)

* Ubat tertentu bagi merawat gangguan psikotik seperti chlorpromazine, risperidone dan olanzapine

* Ubat pencair darah (bagi mengelakkan darah beku) seperti heparin dan warfarin

* Ubat antikeresahan seperti diazepam

* Suntikan. PGE dan Papaverine disuntik di alat kelamin untuk menegangkan alat kelamin (rawatan mati pucuk) kadang-kadang boleh menyebabkan priapism.

Lain-lain penyebab priapism termasuklah:

* Penyakit darah seperti penyakit sel sikel/sabit (kekurangan sel darah merah yang sihat) di mana 40 peratus pesakit akan mendapat priapism dan, leukemia (1 peratus). Ini disebabkan oleh perlahannya perjalanan darah kerana masalah sel darah.

Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami priapism tergolong dalam mereka yang menderita kedua-dua jenis penyakit ini. Sekiranya seseorang itu menghidapi penyakit-penyakit yang tersebut di atas, ia perlulah dirawat agar priapism tidak kembali.

* Kanser seperti prostat, usus besar dan buah pinggang. Kebanyakan pesakit yang mendapat priapism akibat kanser kebiasaannya tidak boleh hidup lama kerana kanser telah merebak ke tahap yang sangat bahaya

* Kemalangan yang menyebabkan kecederaan pada tulang belakang, groin dan alat kelamin

* Darah beku

* Keradangan pada tiub uretra yang mengalirkan keluar air kencing dari tubuh

* Tumor yang terletak di pelvis/pinggul

* Penyalahgunaan dadah seperti kokain dan marijuana serta ketagihan alkohol

* Penyakit Fabry‘s iaitu sejenis gangguan metabolik yang mana lemak tidak dibakar atau dipecahkan dengan baik di dalam sistem pencernaan anda

* Keracunan karbon monoksida

* Gigitan labah-labah black widow

Dalam setengah-setengah kes, doktor tidak dapat menentukan punca priapism.

Diagnosis

Doktor anda akan memulakan proses diagnosis dengan menanyakan sejarah perubatan seperti:

* Berapa lamakah ereksi berlaku dan perbandingannya dengan tempoh ereksi normal?

* Adakah anda pernah mengalami episod ereksi yang berlarutan sebelum ini?

* Baru-baru ini, adakah anda mengalami sebarang kecederaan atau trauma pada groin atau kawasan berhampiran (celah kelangkang)?

* Adakah anda berasa sakit? Priapism iskemik merupakan satu keadaan yang sungguh menyakitkan manakala priapism bukan iskemik lebih cenderung tidak mendatangkan apa-apa kesakitan

* Apakah ubat-ubatan atau dadah yang sedang anda ambil - dipreskripsi oleh doktor, dibeli di kaunter farmasi atau mendapatkannya secara haram?

* Adakah anda mengambil alkohol?

“Selepas mendengar masalah, pemeriksaan fizikal akan dijalankan bagi mengesan sebarang bukti trauma atau keradangan uretra. Doktor akan memeriksa abdomen, perineum (kawasan di antara dubur dan lubang kencing) dan alat kelamin serta memeriksa tanda-tanda tumor yang berkaitan dengan priapism.

“Pemeriksaan alat kelamin akan menunjukkan ia tegang tetapi kepala alat kelamin lembut dan sakit. Pemeriksaan darah akan dilakukan untuk mengesan jika terdapat penyakit sel sikel atau leukemia,’’ kata Dr. Kumaresan.

Pemeriksaan ujian ultrasound doppler menggunakan refleks gelombang bunyi dijalankan untuk mengetahui perjalanan darah di dalam alat kelamin anda.

Rawatan

Berita baiknya, rawatan awal boleh menyelamatkan kelelakian anda. Kata Dr. Kumaresan, apabila priapism terjadi, pesakit akan berasa sakit dan ubat tahan sakit akan diberikan.

“Selepas itu darah dari alat kelamin akan disedut keluar dan air suling (larutan salina normal) akan dimasukkan untuk mengeluarkan darah yang tersekat di alat kelamin.

“Pada masa yang sama ubat adrenergic agonist dimasukkan beberapa kali ke dalam alat kelamin sampai priapism itu hilang. Tiada ubat untuk dimakan yang berkesan bagi merawat priapism,’’ jelasnya.

Jika darah yang dikeluarkan dari alat kelamin tidak berkesan, maka pembedahan terpaksa dilakukan.

Tujuan pembedahan adalah untuk mencantumkan saluran darah yang tersumbat di alat kelamin dengan saluran lain supaya perjalanan darah menjadi lancar dan priapism akan hilang.

Kesimpulannya

Priapism merupakan sejenis penyakit yang boleh merosakkan alat kelamin dan jika ia tidak diubati secepat mungkin iaitu kurang dari 12 jam ia akan menyebabkan fungsi alat kelamin menjadi lemah.

‘‘Ia boleh diubati dengan mendapatkan rawatan segera daripada doktor. Selain itu, masyarakat kita harus mengetahui dan mempunyai pengetahuan mengenai penyakit priapism ini.

‘‘Kebanyakan pesakit lambat mendapatkan rawatan kerana malu dan kurang pengetahuan tentang penyakit ini atau pergi mendapatkan rawatan tradisional,’’ kata Dr. Kumaresan.

Beliau turut mengambil kesempatan menasihati orang ramai agar jangan mudah terpedaya dengan ubat-ubatan tradisional yang tidak terbukti, begitu juga dengan terapi urut pada kemaluan yang boleh menyebabkan kecederaan dalaman.

‘‘Urut yang paling berbahaya selain alat kelamin adalah kawasan perut. Tekanan yang kuat boleh menyebabkan organ dalaman pecah dan memerlukan pembedahan kecemasan. Sepanjang bertugas di Kota Bharu, Kelantan tidak lama dulu, boleh dikatakan, setiap minggu ada sahaja kes-kes pembedahan seumpama ini,” tambahnya.

Oleh :
Shafinaz Sheikh Maznan

Hipertensi Jejaskan Syahwat

SOALAN:
Doktor,

SAYA berumur 32 tahun dan baru saja mendirikan rumah tangga. Sebenarnya, saya segan untuk bertanyakan soalan ini. Masalah saya ialah, ada kalanya apabila saya ingin melakukan hubungan kelamin dengan isteri saya, alat kelamin saya agak lemah atau kurang tegang.

Untuk pengetahuan doktor, masalah ini telah berlarutan selama setahun lebih. Saya ada makan ubatan herba seperti Gingko, Ginseng dan herba yang mengandungi herba “Tribulus”. Herba ini amat berkesan tetapi ada masanya ia tidak memberikan sebarang reaksi.

Saya juga berhenti dari merokok sekurang kurangnya sejam sebelum berintim. Minuman beralkohol sama sekali saya tidak menyentuhnya. Namun, apa yang menyedihkan, ia tidak memberikan hasil yang diingini. Saya juga mempunyai masalah tekanan darah tinggi.

Jadi ubat (Micardis) yang saya makan mempunyai kesan yang amat tipis terhadap ketegangan alat kelamin. Saya tidak mempunyai penyakit kencing manis. Berdasarkan kepada keterangan ini, apakah punca masalah saya yang doktor rasakan dan bagaimanakah cara untuk mengatasinya?

Suami Pening

JAWAPAN:
Suami Pening,

Untuk pengetahuan saudara, ubat Micardis yang saudara ambil untuk merawat penyakit darah tinggi boleh memberikan kesan terhadap libido (nafsu syahwat), sekali gus menyebabkan masalah ereksi (ketegangan alat sulit lelaki).

Saya juga menyarankan agar saudara berhenti merokok sepenuhnya kerana tabiat itu mampu menyumbang kepada gangguan disfungsi eretil (mati pucuk) sebagaimana yang saudara gambarkan di atas.

Saudara perlu berjumpa dengan doktor yang telah mempreskripsikan anda dengan Macardis dan bincangkan dengan beliau sekiranya saudara boleh menukar kepada ubat-ubatan lain bagi merawat hipertensi, yang tidak menjejaskan ereksi anda.

Bincangkan juga dengannya tentang langkah-langkah antimerokok yang boleh saudara ambil bagi membantu menghentikan aktiviti tersebut sama sekali.

Dr. Abdul Malik Jamal Buhari
Pakar Perubatan Am,
Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC), Selangor

Dipetik dari:
http://www.utusan.com.my/

Isteri Kurang Minat Hubungan Seks

SOALAN:
Saya dan isteri berusia dalam lingkungan 50-an. Isteri saya sudah pun melewati fasa menopaus.

Perubahan yang boleh saya rasai adalah isteri saya kurang berminat terhadap hubungan seks. Apakah faktor penyebab dan adakah formula tertentu yang boleh membantu?

JAWAPAN:
Menopaus merupakan satu lagi fasa yang dilalui oleh wanita, yang bukan sahaja membawa perubahan kepada fizikal tetapi juga mental dan emosi.

Selain daripada perubahan dari segi keanjalan dan kelembapan kulit yang semakin merosot, kedinginan dalam hubungan intim juga antara masalah yang kerap diperbincangkan.

Menopaus bermakna ovari berhenti daripada mengeluarkan hormon seperti estrogen, testosteron dan hormon-hormon lain. Paras hormon-hormon yang rendah turut memberikan kesan terhadap keinginan seks di kalangan wanita.

Keadaan ini juga akan menyebabkan keadaan vagina/faraj menjadi semakin kering akibat kekurangan lembapan yang turut menjadikan hubungan intim tidak selancar dahulu.

Ada kalanya kekeringan ini akan menyebabkan hubungan seks boleh menyakitkan.

Wanita menopaus juga berhadapan dengan keadaan emosi yang mudah terganggu yang mendorong kepada tekanan, rasa rendah diri, keletihan dan sebagainya.

Keadaan ini tentunya turut memberikan kesan kepada keinginan seks dan hubungan mesra di antara pasangan.

Wanita pada fasa ini juga lebih terdedah kepada masalah jangkitan urogenital seperti jangkitan pada saluran kencing, jangkitan kulat dan bakteria yang boleh mendatangkan ketidakselesaan semasa hubungan intim.

Pengambilan sesetengah herba seperti Damiana atau nama saintifiknya Turnera Diffusa boleh menambahkan kepekaan terhadap rangsangan pada bahagian alat kelamin wanita.

Withania membantu dari segi fungsi saraf yang sihat dan membantu tekanan emosi.

Bagi yang mengalami ketidakselesaan sewaktu menopaus, pengambilan Horny goat weed atau epinedium sagittatum mungkin boleh membantu wanita mengurangkan kelesuan dan masalah yang berkaitan.

Begitu juga dengan ginseng yang menggalakkan aliran darah ke tisu-tisu vagina dan pengikatan pada sel penerima hormon.

Dipetik dari:
http://www.utusan.com.my/

Kesan Onani Terhadap Hubungan Seks

SOALAN:
Saya baru sahaja mendirikan rumah tangga kurang setahun yang lalu. Namun saya mempunyai masalah dalam hubungan seks kerana saya tidak dapat mengekalkan ereksi.

Saya juga mendapat rungutan daripada isteri kerana tidak dapat memuaskan hatinya. Apakah onani yang saya amalkan sejak sekian lama memberikan kesan kepada hubungan seks ini?

JAWAPAN:
Amalan onani yang telah diamalkan sejak sekian lama boleh memberikan kesan kepada hubungan intim yang normal. Lebih teruk lagi sekiranya onani yang dilakukan menggunakan cara yang ekstrem.

Onani sememangnya berbeza dengan hubungan seks yang normal kerana anda tidak perlu untuk memberikan pertimbangan kepada pasangan anda, malah anda lakukan untuk kepuasan diri sendiri semata-mata.

Hubungan intim yang normal memerlukan anda lebih bertimbang rasa serta mementingkan keselesaan di samping menghormati keinginan pasangan.

Sekiranya anda tidak dapat memenuhi harapan pasangan, tentunya ia boleh menjejaskan kualiti hubungan intim.

Onani yang dilakukan secara ekstrem akan memberikan tekanan berlebihan kepada alat kelamin yang boleh memberi kecederaan kepada saraf. Kecederaan saraf akan menjejaskan pengaliran darah ke zakar yang menjejaskan ereksi.

Ada juga yang melaporkan mereka bukan sahaja sukar untuk mengekalkan ereksi, malah ada kalanya tidak dapat mencapai ereksi.

Kajian ada menunjukkan bahawa mereka yang beronani bukan sahaja menjejaskan kualiti hubungan intim, tetapi juga lebih berisiko untuk mendapat mati pucuk.

Seharusnya anda menghentikan amalan onani dan mulakan amalan-amalan yang lebih sihat seperti dengan kawalan minda dan rangsangan seks yang lebih sihat. Jauhi rokok, pil ekstasi dan alkohol.

Terdapat kajian yang menunjukkan gingko boleh menggalakkan kesan oksida nitrik bagi membantu merehatkan dinding salur darah supaya aliran darah dapat ditingkatkan.

Hasil penemuan mengenai Horny goat weed pula mendapati ia dapat memperbaiki fungsi erektil di kalangan lelaki.

Dipetik dari:
http://www.utusan.com.my/

Khamis, 8 November 2007

Alat Sulit Terbenam Jika Lelaki Gemuk

SOALAN:
KEMALUAN saya sering terasa kebas dan kadangkala seolah-olah tenggelam kebelakangan ini. Saya juga berasakan kemaluan saya mengecil dan memendek.

Saya berusia 37 tahun dan tidak mengalami masalah dalam melakukan hubungan seks dengan isteri saya.

ZAIDI
Perlis

JAWAPAN:
Saiz dan bentuk zakar berubah mengikut bentuk badan lelaki itu. Lelaki yang gemuk tentu mendapati zakarnya seolah-olah terbenam dalam lemak tundun dan hanya kelihatan jika ereksi.

Ini tidak bermakna zakar itu kecil. Ketika bersama isteri, zakar yang terbenam itu masih mampu membesar hingga ke tahap saiz sebenarnya kerana kekerasan otot zakar mengekalkan saiz zakar.

Dalam keadaan terbenam dan tertekan oleh perut yang buncit itu, tentu zakar berasa kebas akibat tekanan perut kepada urat saraf dan jalanan darah. Apabila tekanan itu reda setelah lelaki itu menguruskan badannya, perasaan kebas itu akan reda.

Jika otot zakar tidak mantap, ereksi kelihatan mengecil dan saiz zakar tidak sampai ke tahap saiz sebenarnya. Ini biasa berlaku kepada lelaki yang membesarkan zakarnya melalui suntikan minyak cendana ke dalam isi zakar.

Saya syorkan anda menjalani pemeriksaan doktor jika anda rasa perubahan kepada anggota sulit anda. Jangan menjalani rawatan daripada orang tidak bertauliah. Kaedah paling selamat untuk membesarkan anggota sulit ialah dengan alat Andropenis.

Dipetik dari:
http://www.hmetro.com.my/

Selasa, 6 November 2007

Punca Berubah Warna

LELAKI sungguh prihatin dengan organ seksual mereka. Berikutan sikap semulajadi itu, mereka kerap ‘gelabah’ apabila mendapati organ seksual mereka tidak menepati apa yang dilihat, terutama kepada ‘kaki’ filem lucah.

Saya kerap menerima soalan mengenai warna air mani. Setiap kali ada perubahan pada warna cecair mengandungi sperma itu, mereka terus menjadi ‘serabut’ dengan berfikiran sudah dijangkiti penyakit kelamin.

Ini adalah pemikiran sempit. Mungkin kepada lelaki yang mengamalkan gaya hidup tidak sihat seperti seks bebas, mereka sentiasa diburu bayang-bayang dosa sendiri.

Namun, tidak semua perubahan air mani ada kaitan dengan penyakit seks.

Saya memberi contoh soalan ini: “Air kencing saya kadangkala mempunyai lendir berwarna kuning. Begitu juga air mani saya. Kadangkala air mani saya juga tidak berwarna putih seperti biasa. Ia berwarna ‘koko’ seakan-akan bercampur darah.

“Saya juga mengalami masalah di mana saya tidak berasa senak apabila sesuatu berlaku pada buah zakar saya, seperti terkena tendangan bola. Adakah ini menunjukkan buah zakar saya sudah tidak berfungsi?”

Di dalam dunia perubatan sakit tuan, warna air mani tertakluk kepada cecair yang banyak keluar daripada pundi yang terbabit menghasilkan air mani.

Jika ia berwarna kekuningan, kemungkinan besar banyak cairan keluar daripada pundi seminal dan jika ia kelihatan kelabu putih, itu bermakna banyak cecair datang daripada pundi prostat.

Jika warna kelihatan ‘koko’ pula, ia menunjukkan ada kandungan darah dalam air mani dan mungkin petanda jangkitan dalam pundi prostat.

Kadangkala air mani kekuningan menjadi petanda jangkitan kepada pundi prostat.

Bagaimanapun, semua perkara di atas perlu mendapat kepastian dan bukan sekadar melihat apa perubahan yang berlaku tetapi tidak menjalani rawatan doktor kerana bimbang disahkan mengidap penyakit, terutama kelamin yang sungguh memalukan.

Namun, tidak semua penyakit kelamin berasaskan seks bebas atau meniduri ‘wanita kotor’, sebaliknya boleh berlaku disebabkan kerosakan kepada beberapa pundi yang penting di dalam ‘dunia seksualiti’ lelaki.

Jangan ‘dibuai’ kebimbangan tanpa bersebab. Berjumpalah doktor, bukan bomoh atau tukang urut untuk ketenangan fikiran apabila anda berasa ada perubahan pada organ seksual.

Saya juga menasihatkan supaya anda jangan bertanya yang bukan pakar seperti rakan kerana nasihat yang tidak betul akan memudaratkan anda seumur hidup.

Mengenai perasaan senak yang biasa timbul jika buah zakar tercedera, itu tertakluk kepada keadaan.

Kebiasaan untuk kerandut mengecut ketika sesuatu kemalangan berlaku kepada buah zakar. Ini satu perlindungan semulajadi yang tidak perlu dibimbangkan.

Dr Ismail Tambi
Pakar Kesihatan Reproduktif dan Seksual


Dipetik dari:
http://www.hmetro.com.my/

Usah Sorok Masalah

SUDAH menjadi lumrah, manusia yang berpasangan dan berkeluarga akan menikmati hubungan keintiman seks kerana ia bukan saja penting untuk mendapatkan zuriat, tetapi juga mengeratkan hubungan silaturahim suami isteri.

Bagaimanapun, untuk menjayakan hubungan seksual, seseorang itu harus ada keyakinan diri terhadap tahap kesihatan mereka. Bagi yang mendapati ada ‘masalah dalaman’, perkara sebaik-baiknya ialah merujuk dan mendapatkan rawatan doktor.


Mendiamkan diri tanpa berbuat apa-apa apabila berasa sesuatu tidak kena terhadap tahap kesihatan mereka bukan saja tidak digalakkan, tetapi berbahaya.

Malah, bersikap terbuka dan tidak menyorok masalah dengan berlagak seperti tiada apa berlaku dapat menyelamatkan tekanan ke atas diri sendiri dan pasangan.

Tiada sebab individu yang mengalami masalah penyakit jantung tidak dapat berfungsi sebagai individu yang normal daripada segi kemampuan batinnya jika penyakitnya mendapat rawatan.

Jika dia dapat melakukan aktiviti harian dan dapat menaiki tangga tanpa terasa kepenatan atau sesak nafas, hubungan kelamin mampu dilakukannya selagi dia boleh mencapai ereksi.

Sebahagian besar lelaki yang mengalami sakit jantung tidak mampu mencapai ereksi yang mencukupi, sama ada ereksi tidak kekal atau tiada langsung, walaupun sangat terangsang.

Malah, lelaki berusia 40 tahun ke atas yang kerap mengalami masalah ereksi perlu diperiksa untuk memastikan sama ada mereka ada penyakit jantung.

Bagaimanapun, tiada sebab lelaki yang selesai menjalani pembedahan pemintasan jantung tidak dapat melakukan hubungan seksual kerana kesihatan tubuhnya pulih, melainkan jika dia mengalami Disfungsi Erektil (DE) yang mana mereka perlu mendapatkan rawatan.

Jika isteri yang sihat mendapati sesuatu tidak kena dengan suami, tidak salah untuk bertanya perkara itu kerana tiada sebab untuk pasangannya menyembunyikan masalah kelemahan syahwatnya hanya untuk menutup aib.

Selain kesihatan jantung, banyak masalah kesihatan boleh menggugat kemampuan syahwat lelaki seperti tua. Kemungkinan lelaki berumur 40 tahun mengalami DE ialah 40 peratus.

Hormon testosterone didapati memainkan fungsi mengukuhkan keaktifan otot zakar dan tindak balas ereksi, dan ini juga menurun apabila usia lelaki mencapai 40 tahun ke atas.

Semua masalah ada rawatan dan yang mustahak ialah untuk lelaki itu berjumpa doktor. Ubat PDE-5 Inhibitor saperti Viagra, Cialis dan Levitra dapat membantu melancarkan darah ke dalam otot zakar ketika hendak melakukan persetubuhan.

Ubat ini tidak boleh makan bersama ubat ‘Nitrate’ yang biasa diberi kepada lelaki yang sakit jantung. Biasanya Nitrate tidak lagi diperlukan lelaki yang menjalani pemintasan darah kepada jantung.

Selain ubat ini, ada pendekatan lain seperti terapi suntikan Kavernosa dengan ubat Caverject. Pam vakum juga sesuai jika tiada cara lain. Yang mustahak ialah lelaki itu berjumpa doktor dan bukan segala ‘pak karut’ atau tukang urut. Sampai masanya rawatan DE dikendali melalui rawatan moden.

Sementara itu, nombor talian 016-3820567 yang saya beri untuk Kementerian Kesihatan minggu lalu adalah milik peribadi. Talian sebenar 03-88833888.

Dr Ismail Tambi
Pakar Kesihatan Reproduktif dan Seksual


Dipetik dari:
http://www.hmetro.com.my/

Ahad, 4 November 2007

Fenomena Lelaki Remaja

Mengalami mimpi basah petanda akil baligh

SUDAH berusia 15 tahun tetapi masih kencing malam. Mungkin kedengaran pelik, tetapi masalah ini berlaku kerana beberapa faktor yang kadangkala disalah anggap oleh masyarakat, menyebabkannya menjadi lebih kritikal.

Memang diakui jarang lelaki pada awal usia remaja mengalami masalah kencing malam, terutama terkencing atas katil. Namun, keadaan ini boleh berlaku jika seseorang itu mengalami keradangan pundi kencing, menyebabkannya tidak berdaya menahan kencing.

Ini mengakibatkan seseorang itu tidak sempat bangun daripada tempat tidur untuk ke bilik air. Jika terlalu kerap kena bangun untuk membuang air kecil, ini mungkin petanda keradangan pundi prostat dan biasanya ia ada kaitan dengan infeksi prostat.

Sebilangan lelaki awal remaja mungkin tidak tahu mengenai fenomena ‘mimpi basah’ dan akan menganggapnya sebagai ‘kencing malam’. Mimpi basah memang susah dikawal dan seseorang itu hanya sedar selepas bangun daripada tidur.

Ketika itu, dia hanya berasa kelembapan dan tidak terlintas yang kebasahan itu bukan kencing. Jarang lelaki terbangun ketika ia berlaku.

Jika terbangun, kemungkinan besar dia tahu air yang keluar bukan air kencing kerana lebih pekat dan berbau luar biasa. Malah, mungkin ketika itu baru timbul kesedaran yang air itu adalah air mani!

Saya ingin tekankan adalah biasa untuk lelaki remaja mengalami mimpi basah apabila sudah akil baligh. Ini bukan tanda penyakit, malah menunjukkan sistem reproduksi seseorang itu dalam keadaan sihat. Ia boleh berlaku secara kerap dan ini juga bukan petanda penyakit.

Dalam keadaan tidur nyenyak mungkin kerana letih, sistem urat saraf yang mengawal ejakulasi menjadi aktif dan mengakibatkan ejakulasi atau mimpi basah berlaku apabila anggota sulit tersentuh ‘sesuatu’. Ia juga mudah berlaku apabila lelaki yang kerap beronani mengurangkan perbuatan itu.

Bagaimanapun, apabila seseorang itu tidak dapat membezakan air yang keluar secara kerap, sesuatu perlu dilakukan bagi memastikan ia bukan satu masalah. Nasihat saya ialah berjumpa doktor.

Namun, nasihat terbaik ialah jika hendak menjaga kesihatan, anda perlu amalkan gaya hidup sihat. Lakukan senaman berkala dan luaskan kehidupan sosial supaya anda dapat berinteraksi dengan lelaki dan wanita dalam keadaan sihat.

Memang seks mustahak dalam kehidupan kita, tetapi ia satu tanggungjawab dan memerlukan kematangan fizikal dan mental. Seseorang itu akan dapat menghayatinya dengan baik kelak.

Sehubungan itu, adalah penting untuk mengelak aktiviti onani, duduk bersendirian, tiada interaksi sosial dan tidak bersenam kerana ia akan menekan kesihatan dan membuat anda berasa seperti menghidap ‘seribu satu jenis penyakit’.


Dr Ismail Tambi
Pakar Kesihatan Reproduktif dan Seksual

Dipetik dari:
http://www.hmetro.com.my/

Aksi Ganas

SOALAN:
SAYA baru mendirikan rumah tangga. Yang menimbulkan kebimbangan ialah kehendak seksual ‘luar biasa’ suami saya yang gemarkan aksi ganas. Saya pula bimbang perlakuan itu akan mendatangkan kecederaan kepada zakarnya.
Selain itu, suami saya kerap menyuruh saya melakukan seks oral yang ganas dan kemudian menelan air maninya. Saya ingin tahu kesannya terhadap kesihatan?

INA,
Kuala Lumpur

JAWAPAN:
Anggota sulit mengandungi tisu lembut dan sensitif. Ia perlu dikendalikan secara cermat ketika merangsang anggota berkenaan. Justeru, secara logik, anggota sulit lelaki dan wanita dibentuk untuk digunakan bersama dalam hubungan seksual.

Bagi onani, menggunakan kekerasan kepada anggota sulit boleh mengakibatkannya mengalami kecederaan dan kehilangan fungsinya seperti daya sensitiviti. Sudah tentu ini akan memberi kesan negatif kepada hubungan seksual jangka panjang di kemudian hari.

Sehubungan itu, jika hendak merangsang anggota sulit, sama ada secara sendiri atau dilakukan pasangan untuk mengecapi keseronokan seksual, perlu dilakukan secara lembut dengan bantuan bahan pelicin. Antaranya ialah jeli pelicin mesra anggota sulit seperti jeli jenama Durex.

Seks oral yang membabitkan penggunaan lidah, mulut dan bibir untuk merangsang anggota sulit perlu dilakukan secara cermat. Berikutan mulut mengandungi banyak kuman, rangsangan yang dilakukan kepada anggota sulit perlu dilakukan tanpa memberi kecederaan. Jangan sampai anggota itu tergigit kerana ini boleh mengakibatkan anggota yang tercedera itu terdedah kepada jangkitan.

Jika anda dan suami gemar dengan cara seks oral dan peka dengan penjagaan kebersihan, tiada sebab kenapa anda dan suami tidak boleh melakukannya.

Untuk makluman anda, seks oral ditakrif sebagai seks luar tabie dan jika tertangkap boleh dihukum mengikut undang-undang.

Mengikut pandangan Islam pula, boleh dilakukan dalam konteks perkahwinan dan kerelaan kedua-dua pasangan.

Dipetik dari:
http://www.hmetro.com.my/

Khamis, 1 November 2007

Rahsia Gelora

APABILA seorang lelaki bertanya mengenai 'klimaks' wanita, ramai antara kita mempunyai pandangan serong terhadapnya. Malah, ada yang terus menuding jari menuduhnya sebagai gatal.

Hakikatnya, cukup penting bagi seorang lelaki untuk mengetahui 'point' yang mampu membangkitkan keghairahan seseorang wanita bagi mengelak kerap 'tewas' ketika berasmara, seterusnya menimbulkan masalah di dalam rumah tangga mereka.

Perlu diingatkan, wanita juga mempunyai naluri, nafsu syahwat dan perasaan ghairah. Apabila wanita itu dalam keadaan ghairah dan bersedia melakukan hubungan seks, anggota seksualnya terangsang.

Pada masa ini, darah banyak masuk ke saluran anggota sulitnya, sekali gus membuatkannya bergelora dan bersedia menerima kemasukan alat kelamin pasangan.

Jika dalam keadaan bersedia dan mendapat rangsangan berterusan, dia akan mencapai kemuncak rangsangan, iaitu orgasma. Ketika itu, dia akan berasa dirinya terapung dalam suasana ghairah.

Seorang wanita boleh mencapai beberapa kali orgasma jika dia masih berhajatkannya sebelum berasa letih. Ketika dia mencapai 'kemuncak', kulit muka dan payu daranya akan kelihatan kemerahan dan titisan peluh akan keluar, seterusnya dia akan masuk ke fasa resolusi atau kelegaan.

Bagi mencapai kemuncak rangsangan seksual, adalah penting untuk mengenali bahagian anggota seksual yang mudah mencetuskan rangsangan. Kebanyakan wanita mudah mencapai kemuncak klitoris jika dibandingkan dengan kemuncak faraj, terutama jika pasangan tidak mampu bertahan lama.

Kadangkala menggunakan jari atau mulut dapat mencetuskan kemuncak klitoris. Jika jari juga digunakan ke langit faraj, iaitu antara tiga hingga empat sentimeter daripada pembukaan faraj di bahagian yang dikenali sebagai 'G-Spot', kemuncak faraj atau G-Spot boleh berlaku.

Apabila wanita sudah kenal pasti proses kemuncaknya, mudah untuk dia menghayati pada masa lain. Pada masa sama, dia perlu memainkan fungsi untuk mencapai kemuncak dengan memberi panduan kepada pasangannya mengenai tempat dan cara dia mahu anggota seksualnya dirangsang.

Ini cukup penting jika pasangannya cepat klimaks. Dia boleh mencadangkan kepada pasangan supaya merangsangkannya dulu dan ketika dia sampai ke 'pintu' kemuncak, seks penetratif boleh dilakukan.

Posisi tertentu dapat memberi kemuncak dengan lebih mudah dan didapati posisi wanita di atas dapat mencetuskan kemuncak dengan mudah untuk wanita. Ini kerana dalam posisi itu, wanita yang melakukan dayungan dan gerakan yang dilakukannya mengikut rentak yang akan mencetuskan kemuncak dengan senang.

Dr Ismail Tambi
Pakar Kesihatan Reproduktif dan Seksual

Dipetik dari:
http://www.hmetro.com.my/
 
template by free-web-template.blogspot.com