Artikel di Email Anda

Baca Artikel Terkini Di Email Anda :


Powered by FeedBlitz

Video Dr Ismail Tambi

Loading...

InfoLelaki

INFOLELAKI Menyediakan Penyelesaian Untuk Permasalahan Yang Sering Menghantui Kaum Lelaki. Antaranya Ejakulasi Awal, Mati Pucuk, Zakar Pendek, Zakar Kecil, Zakar Bengkok, Zakar Lemah, Masalah Prostat, Seksual Yang Lemah. Info Lelaki Amat Membantu.

Top 5 Links

Kategori

Arkib

Jom Jana Duit (PERCUMA)

Text Link Ads













EGcash.com

ClickThru.com Network!



AuctionAds: Increase the bid on your site's income!

NAMSAHAZ Webhosting - Webhosting mampu milik untuk semua!



Try AuctionAds











Free online advertising









Google PageRank 
Checker - Page Rank Calculator

Add to Technorati Favorites

Malaysian Topsites - Autorank for Malaysian Websites

Malaysia Topsites

Malaysian TopSite 2007

Best Malaysian Sites



My Blog Juice

Disclaimer

Blog InfoLelaki ini bertujuan untuk memberi bimbingan dan pengetahuan kepada semua lelaki mengenai masalah yang sering membelenggu kaum lelaki. Kebanyakkan artikel-artikel ini dipetik dari akhbar, majalah dan internet. Sumber petikan diletakkan dibawah pada setiap artikel. Diharapkan semua artikel-artikel ini dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.

Khamis, 14 Jun 2007

Dr. Haji Mohd Ismail bin Mohd Tambi

Nama :Mohd. Ismail Mohd. Tambi
Email : dr_tambi@yahoo.com

DR. HAJI MOHD. ISMAIL BIN MOHD TAMBI ialah Pakar Sakit Tuan dan Kesihatan Reproduktif Lelaki dan Wanita. Beliau bertugas sebagai Konsultan Kesihatan Seksual dan Reproduktif lelaki dan wanita di Damai Service Hospital, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur selepas bertugas dengan kerajaan lebih 25 tahun. Jawatan akhir beliau bertugas adalah sebagai Ketua Klinik Pakar, Pusat Kepakaran Reproduksi Manusia, LPPKN, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Beliau dilahirkan di Singapura pada 1951, telah berkahwin dan mempunyai empat orang cahaya mata lelaki.

Beliau bertugas dengan kerajaan semenjak tahun 1979 sebagai Pegawai Perubatan, bertempat di Hospital Besar Sultanah Aminah, Johor Bharu pada 1979 dan pada 1981 di Hospital Daerah Kota Tinggi. Pada tahun 1984, beliau mula bekerja dengan LPPKN.

Pencapaian akademik termasuk Diploma Reproductive Medicine pada 1985 dan pada 1987, menjalani Kursus Clinical Andrology (Sakit Tuan) and Semenologi (Kesihatan Kesuburan Lelaki) anjuran Perbadanan Kesihatan Sedunia (WHO) selama 9 bulan di University Monash, Australia. Beliau juga telah men-jalani Kursus Sijil Lepas Ijazah Perbadanan Kesihatan Sedunia dalam bidang Kesihatan Reproduktif dan Seksual Remaja di Debrecen, Hungary pada 1991.

Beliau pernah membentangkan tidak kurang 60 kertas kerja dalam bidang Kesihatan Reproduktif dan Seksual di dalam dan luar negeri.
Beliau ialah Bendahari Kehormat, Persatuan Andrologi Asia dan Oceania (Shanghai, China), Ahli Exco Saintifik ‘Society for the Study of Aging Male’ (Geneva, Switzerland), Ahli Exco Asian Society for the Study of Aging Male, Ahli, International Society of Andrology (USA), Ahli International Society of Impotence and Sexuality (USA), Ahli International Society for the Study of Mens’ Health (Vienna, Austria) dan External Research Fellow New England Research Institutes (Boston, USA) dan Expert Panel Untuk Disfungsi Erektil dan pengkaji gejala Disfungsi Erektil.
Beliau pernah menulis beberapa buah buku berkaitan dengan bidang beliau seperti:

1.Fertility Guide iaitu buku panduan tentang kesuburan untuk pasangan kelamin tahun 1986.
2.Infertility Manual (Buku panduan rawatan infertility untuk doktor) tahun 1987.
3.Pengenalan dan Rawatan Sakit Tuan terbitan Utusan Publications tahun 1996.
4.Panduan Meningkatkan Kesuburan terbitan Utusan Publications tahun 2000.
5.Derita dalam Diam (Disfungsi Erektil dan Mati Pucuk) terbitan Pustaka Wira Publications tahun 2004.

Beliau ada menulis untuk beberapa majalah termasuk Pa & Ma, al-Islam, Harmoni, Cermin dan Variasi. Beliau mempunyai kolum Sakit Tuan dan Kesihatan Seksual Perempuan dan Lelaki, dalam Harian Metro setiap hari Rabu, Mingguan Malaysia, Mingguan Utusan, Warta Perdana dan Bacaria.

Beliau dianugerahkan Bintang Terpuji Ahli Mahkota Terengganu pada 1995 oleh DYMM Sultan Terengganu atas penglibatan beliau dalam Program Kaunseling Pakar, Yayasan Pembangunan Keluarga Negeri Terengganu.

12 ulasan:

red(1)studio berkata...

Asalamualaikum,

Saya ada terbaca dalam laman web Minsyam bahawa mereka ada menghadiahkan produk Minsyam kepada Dr. Adakah Doktor sendiri menggunakan produk tersebut? Dan Apakah komen Dr mengenai Produk mereka?

gonjol crew berkata...

Assalammualaikumwarohmatullahhiwabarokatu doktor,saya ingin menanyakan sesuatu masalah saya kepada doktor,sya berumur 22 thn dan akn berkahwin tidak lama lagi,masalah saya ialah saya mengalami masalah ejakulasi yang kurang,saya risau sama ada zakar saya masih kuat atau tidak.sebelum ini saya ada mengalami susah membuang air kecil,selepas kejadian itu ejakulasi normal sedia kala selepas dua minggu kemudian zakar saya kurang mengalami ejakulasi minta doktor jelaskan tentang masalah saya..Kadang2 ada ejakulasi tapi macam tidak bermaya saya runsing Dan tidak tahu bagaimana doktor harap doktor boleh Bantu sya

amirul amin berkata...

dr....adakah bibir zakar atau hujung zakar sentiasa lembab...jika lembab apa sbabnya...adakah sebab air kencing ????

Rya la cruztasia berkata...

Assalam.. saya berumur 27 tahun dan telah berkahwin lebih kurang setahun.
Saya mengalami masalah iaitu saluran zakar saya terasa gatal dan kadang-kadang terasa gatal di dalam pangkal saluran zakar.Saya telah merujuk di GH Johor Bahru dan telah diberi Preskripsi (T.Doxycylin dan urinary alkalinizer).Setelah habis ubat tersebut selang seminggu kegatalan tersebut kembali.Mohon Dr. beri penjelasan.

Mohd Isa Harun berkata...

Salam dr....sy mengalami masaalah...pearly-penile-papules....mengapakh terjadi dn apakh ubat nya..dr....

Mohd Isa Harun berkata...

Salam dr....sy mengalami masaalah...pearly-penile-papules....mengapakh terjadi dn apakh ubat nya..dr....

Mohd Isa Harun berkata...

Salam dr....sy mengalami masaalah...pearly-penile-papules....mengapakh terjadi dn apakh ubat nya..dr....

syafiq malik berkata...

Salam..dr..saya pelajar baru berusia 19 tahun..kebelakangan ni saya perasan buah zakar saya seperti jatuh sebelah kiri..dimana apabila saya menekan perut buah zakar sebelah kanan akan naik ke atas manakala sembelah kiri akan berada diposisi asal..apakah sebabnya ya?
Adakah ianya tanda awal tidak subur?

nasa berkata...

Assalam..dr
Saya berumur 43th sudah berkhawin dan ada 4 org ank.
Masalah saya ialah sejak akhir2 ini selepas bersama
Isteri kulit zakar saya akan melecet.kulit antara takuk dan batang.adakah ini di sebsbkan oleh kurang kekerasan

nasa berkata...

Assalam..dr
Saya berumur 43th sudah berkhawin dan ada 4 org ank.
Masalah saya ialah sejak akhir2 ini selepas bersama
Isteri kulit zakar saya akan melecet.kulit antara takuk dan batang.adakah ini di sebsbkan oleh kurang kekerasan

Zaki Othman berkata...

As salam dr....saya berumor 23...bujang
Masalah saya, saya mmpunyai ketumbuhan seperti biji angin di bahagian telur...besar seperti guli..adakah ia berbahaya dr?

budeen berkata...

Assallam Dr saya berumur 46tahun masalah saya ialah cepat mengalami eraksi..kadang2 air mani keluar sendiri.

 
template by free-web-template.blogspot.com